coretan karatku

Aku…

Mulakan langkahku ..

Menuju destinasi yang tak pasti..

Langkah yang deras

Dalam kesamaran yang penuh misteri..

Otak yang tumpul

Aku tajamkan dengan ilmu

Dada kurang iman..

Jiwa kurang aqidah

Aku asahkan dengan tuntutan-Mu

alpa dalam kehidupan…

aku sedarkan dengan kasih-Mu

mencari dalam gelap.

Pasti takkan jumpa..

Meraba-raba dalam gelap..

Mungkin akan jumpa..

Tapi sampai bila..?

Sampai bila.?

Revolusi diri menjadi misi

Meloloskan diri dalam arus yang busy

Menjadi visi pengukuhan diri

Menjadi penebat dalam arus modenisasi

Agar aku tak lupa diri

Kurangkan mengata dalam kehidupan

Banyakkan berkata tentang alam Tuhan

Dua perkara berbeda

Harus kita fikirkan

Bukan bercakap kosong

Macam tin kosong …tong tong tong..

Banyakkan istighfar dalam kesusahan

Mencari iktibar disebalik kejadian

Untuk dijadikan panduan

Bukannya merengus, mengeluh

Bagai orang hilang pedoman

Titipkan kelembutan dalam setiap perkataan

Tanamkan keikhlasan dalam perbuatan

Cari keredhaan

Bukannya pujian

Apa guna belajar tinggi melangit

Kalau ilmu diguna hanya untuk mencari duit?

Kenapa cari duit hanya untuk kaya?

Tapi hati miskin, penuh dengan dosa

Kenapa bersaing sesama sendiri

Kalau hanya untuk meninggi diri

Banyakkan muhasabah diri

Kalau mahu jadi orang yang dihormati

Perbaiki kelemahan diri hari ini

Bukan untuk jadi perfectionist

Sekadar menjadi yang lebih baik

Banyakkan kompromi

Elakkan konfrontasi

Pasti lebih harmoni

Adios …assalamualaikum everybody.

Leave a Reply